Ok memandangkan sekarang banyak sangat problem moto lc tua aku ni selepas tukar kepada blok fz jadi aku rehatkan dia buat sementara waktu & sekadar naik untuk tunggangan urusan seharian dan untuk keperluan membuat kerja, sementara mengumpul modal untuk membaik pulih sepenuhnya dan kembali sihat seperti sediakala. Perancangan seterusnya semua yang telah dipasang perlu dibuka kembali dan dirombak semula dengan cara pemasangan yang lebih cermat dan teliti dengan kaedah yang betul dan tak lupa juga setting dan tuning komponen tersebut amatlah tersangat penting. Jadi dalam pengalaman 5 tahun aku pakai moto lc ni kira memang berbaloi dengan apa yang dibayar dan sudah balik modal dengan kerja kerja yang dilakukan bersama moto lc ni dan yang paling bernilai untuk diri aku ialah pengalaman yang aku lalui dari semasa ke semasa setia bertemankan aku tanpa banyak masalah ketika aku susah dan senang. Jadi sekarang ni moto ni dalam keadaan yang susah atau yang lebih tepat part part dalamanya sudah uzur (wear & tear) dan perlu diganti, jadi harap harap aku dapat banyak bersabar, tidak gasak lebih dari kemampuan dan keadaan dia dan semoga Allah memberi rezeki yang secukupnya untuk melakukan pembaik pulih moto tua ni.
Personal Stock Factory Notes
- Stock keluar kedai enjin semua tak penah usik apa apa. (standard gaban)
- Running in untuk 1000km pertama bawah 60kmh.
- Sprocket setting terbaik pada 15/37 ratio 2.47 dengan 112 chain link tayar depan 70/90 belakang 80/90.
- Paling rendah sprocket drop 15/36 ratio 2.4 still ok untuk long distance single rider. 15/35 top termenung.
- Minyak enjin paling sedap dan terbaik FULLY SYNTHETIC atau SEMI SYNTHETIC kelikatan pada sekitar SAE 15W-50 20W-50
- Untuk 5 tahun coolant pernah ditukar sebanyak 2 kali.
- Cruising highway speed paling sedap jarum meter pada sekitar 150-160kmh
- Final top speed on throttle demand pada jarum meter 170-175kmh. (top speed log 180kmh, factory odometer tak properly calibrate "meter ringan")
- Stock CDI TPS Degree position adjustment to value between 0.63-0.73V
- Tol Juru ke Tol Ipoh minyak full tank 4 liter RM7 Ron95 with enough fuel left to get into Ipoh.
- Mileage last log before breakdown at 125000km.
- Cause of breakdown crack head gasket, coolant leaking mix with engine oil.
- Stock atau standard adalah terbaik untuk kegunaan jangka masa yang lama dengan penukaran minyak enjin pada masanya.
- End of log
Lucy oh lucy
ReplyDeleteok dah, sedap tunggang, praktikal lagi keadaan moto tu. ada 2 3 benda skit lagi ja nak kena buat..
Delete