Wikipedia
"In computing, a plug and play device or computer bus, is one with a specification that facilitates the discovery of a hardware component in a system without the need for physical device configuration or user intervention in resolving resource conflicts."
Melalui pengalaman terdahulu semasa mencari barang barang aftermarket untuk lc sering kali ternampak perkataan PNP dan juga bila diajukan soalan untuk part tertentu maka akan dijawab "ini Plug n Play sajaaa, terus pasang ja mesti laju punyaaaaa" maka terliur lah kepada sesapa yang mengidam atau bercita cita untuk pergi lebih laju dan jugak kepada sesapa yang tidak puas hati dan kecewa dengan kemampuan standard lc ni yang masih dalam kategori berspesiskan kapcai yang asalnya adalah motorsikal yang direka sesuai untuk kegunaan dan keperluan seharian. Plug n Play atau dalam bahasa melayunya pasang dan main atau yang lebih tepat pasang dan terus pakai, istilah yang berasal dan disingkatkan dalam komputer disertai makna dari kepanjangannya sekarang juga sering kali digunakan untuk arena modifikasi motosikal lc.
Maka terutama sekali untuk yang baru memasuki arena modifikasi atau yang tidak ada pengalaman, tidak ada kenalan yang serba tahu bab modifikasi dan juga jenis ikut cakap kawan kawan maka sering kali terkena dengan istilah PNP ni termasuk diri aku sendiri pada mula dahulu, ramai yang beranggapan bahawa untuk menambahkan kelajuan lc adalah mudah seperti komputer hanya perlu tukar pasang dan pakai dan terus laju terutama sekali untuk bahagian silinder blok yang bersaiz saiz besar. Untuk sebarang pengubahsuaian lc ia tidak lah sebegitu mudah, sebenarnya banyak yang perlu dilakukan untuk mendapatkan setting yang terbaik daripada gabungan part part aftermarket tersebut seperti carburetor, ekzos, cdi dan komponen komponen kecil yang bila ditambah campur sana sini itu dan ini ia melibatkan kos kewangan yang boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Untuk pemasangan komponen atau part part antara yang paling penting ialah mekanik yang betul betul mahir atau specialist terutama skali untuk moto lc. Pemasangan part part tersebut memerlukan kiraan yang tepat, kemahiran, pengalaman dan tidak boleh dibuat ala kadar. Sekiranya mencapai apa yang dihajati dengan pemasangan ala kadar maka disitu ketahanan komponen tersebut tidak akan tahan lama dan boleh dipertikaikan. Selepas dua tiga bulan perlu masuk bengkel balik atau bahananya selepas moto kerap sangat kena masuk bengkel dan melibatkan lagi kos tambahan. Jadi untuk kegunaan jangka masa yang lama dan untuk ketahanan tanpa banyak masalah dinasihatkan mengekalkan standard, keluaran kilang adalah yang terbaik yang telah dikirakan dan design oleh engineer Yamaha yang mampu bertahan bertahun tahun lamanya dengan kadar kemampuan yang telah dikira sesuai dengan kapasiti dan keupayaan lc. Maka ada jugak yang tetap tidak puas hati dengan performance lc dan ingin meneruskan hajatnya untuk mengubahsuai kan dengan aftermarket part maka pastikan terlebih dahulu mekanik yang hendak melakukan kerja kerja tersebut benar benar mahir, penyediaan modal kewangan sekitar RM1000 keatas untuk part part aftermarket dan upah pemasangan dan lakukan sedikit research terlebih dahulu, review dari rider lain, banyak kan bertanya, membaca sumber sumber dari internet seperti forum dan blog sebelum membeli part part aftermarket tersebut.
Semoga berjaya, selamat & semoga sampai kepada apa yang dihajati.
Malaysia 135LC Owners
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment