Malaysia 135LC Owners

Item Status Update

Status Log on 29 April 2013

Cylinder Block Kit Set
Cylinder Block Part no: 3C1-E1311-00
Piston (low compression) Part no: 3C1-E1631-11
Piston Ring Part no: 3C1-E1603-00
Piston Pin Part no: 3C1-E1633-00
Piston Pin Clip Part no: 93450-16115
Upper Gasket Part no: 3C1-E1181-01
Lower Gasket Part no: 1S7-E1351-00
Necessity item #1
Camshaft
Camshaft Part no: 3C1-E2170-00
Necessity item #2  
*Yamaha FZ150 Original Camshaft - Stock Electric Starter Useable
Valve Spring
Oem Valve Spring Part no: 3C1-E2113-00 (x4)
Necessity item #3  
*Yamaha FZ150 Original OEM Valve Spring. RPM Support Max at 12500rpm.
Carburetor Necessity item #4
*Mikuni VM22 rejet Size, Main Jet Range #110 - 115 & Pilot Jet #22.5
Capacitor Discharge Ignition (CDI) Necessity item #5
*Stock CDI is useable.
Exhaust System Necessity item #6
*After cylinder replacement
Air Filter
Part no: KN-151
Necessity item #7 
*K&N High Flow Filter Thailand Replica (Installed)
Addon:
60mm Copper Upper Gasket

Notes(*):
*Oversize Mainjet & Pilotjet is still not available

Mikuni VM22 rejet Size, Main Jet Range #110 - 115 & Pilot Jet #22.5

*Thermostat check and in working order
*Radiator fan check and in working order
*Thermosensor is replaced. Part no: 5YP–85790–00
* Valve, Stem Seal. Part no: 5YP-E2119-00
*Front & Rear Tyres Replaced
*Rear rims - some fix on loose bearing housing
*15/37 Front 80/90 Rear 90/90

Prepared by: _________________
Signature: _________________

Update:
Mikuni VM22, Main Jet #110 #115 & Pilot Jet #22.5

Item arrived via post on 3 May 2013

Chain Lube

Untuk penjagaan rantai dan ketahanan jangka hayat yang lebih lama seeloknya digunakan chain lube pelincir yang dibuat khas untuk rantai. Lazimnya kita menggunakan lebihan minyak enjin atau saki baki minyak enjin yang disediakan oleh setengah kedai worksyop motosikal untuk meminyakkan rantai. Selang tak berapa hari kemudian atau terutama skali selepas hujan akan ada perasaan tak enak bila melihat keadaan rantai dan kotoran pada rim. Minyak grease juga tidak digalakkan kerana pasir atau benda asing yang halus mudah melekat pada rantai. Untuk kaki yang rajin menggilapkan moto chain lube amatlah disarankan untuk membuat pelaburan terutama skali chain lube jenis tidak mercik (anti fling) pada rim. Modal dari sekitar RM20 keatas dan juga terdapat jenis chain lube yang mencecah ratusan ringgit. Juga sebagai peringatan untuk mencuci rantai adalah amat tidak digalakkan menggunakan WD40 kerana sifat menghakis pada bahan tersebut dan ia adalah dalam kategori degreaser dan rantai tak akan dapat tahan lama. Pencucian rantai atau maintanance rantai disyorkan sekitar 500km atau tiap tiap 1000km dengan menggunakan minyak petrol, minyak diesel atau minyak gas tanah (kerosene). Ketegangan atau pelarasan rantai (chain slack) yang betul juga memainkan peranan yang penting untuk jangka hayat rantai yang lebih lama, tidak terlampau kendur atau cekang. Ketahanan sprocket juga boleh mengjangkau bertahun lamanya sekiranya mempunyai peruntukan modal lebihan untuk rantai dan ditukarkan pada tiap tiap 5000km+ dan juga ditukarkan secepat mungkin sekiranya terdapat petanda atau bunyi bahawa rantai mengalami kerosakan dan haus. Rantai yang dijaga dalam keadaan yang baik dan tegangan yang betul akan menghasil tunggangan yang lebih lancar (smooth).



Chain Slack. Untuk memastikan keadaan rantai masih dalam keadaan yang baik pada bahagian sprocket belakang tarik rantai sekiranya ada freeplay yang banyak pada rantai dengan sprocket belakang atau rantai tidak mencengkam (grip) sprocket belakang menandakan keadaan rantai semakin atau sudah haus.



WD-40 tidak digalakan dan tidak sesuai digunakan untuk mencuci rantai.



Contoh Chain Lube yang terdapat dipasaran.


Sumber Imej (Google)

Peringatan Untuk Diri & Semua

Perhatian Video Mengadungi Imej Yang Ngeri
Kemalangan Ngeri..Federal Highway..

Baru baru ni aku ternampak satu link yang dikongsi di timeline facebook. Terkejut dan sedih aku dengan keadaan kemalangan yang dirakamkan, Kebanyak yang terlibat dan mayat yang bergelimpangan di atas jalan raya masih di usia yang muda. Semoga semua yang berlaku ni menjadi ikhtibar buat diri aku dan juga semua kenalan aku diluar sana dan agar sentiasa dapat mengingati Allah swt setiap masa dan dalam apa jua keadaan. Moga moga Allah ampun kan semua saudara saudara Islam yang terlibat dalam kemalangan ini dan semoga Allah lindungi kita semua dan diakhiri dengan kesudahan yang baik.

Take Two

Take two, rest rehatkan minda dan layan 299 sekejap.






Semangat Yang Hilang

Memandangkan sudah empat kali jumaat moto tersadai dibelakang rumah dan ada drama sedikit dengan part part yang dipesan dari online seller maka kian pudar rasanya semangat untuk membaik pulih serta upgrade moto lc ni. Jadi berbekalkan dengan sedikit modal untuk pulihkan semangat, saiz tayar belakang yang lama aku idamkan telah ditukar kan dengan saiz yang lebih besar bebanding stok iaitu 90/90. Tayar Viva 90/90 yang agak berpatutan dengan harga dan kemampuan poket telah dipasangkan pada bahagian belakang menggantikan saiz tayar asal 80/90. Manakala tayar asal belakang 80/90 yang masih dalam keadaan yang baik telah dienjakkan kedepan untuk menggantikan tayar lama FKR 70/90 yang telah merekah. Kos tayar Viva 90/90 termasuk pemasangan pada bahagian belakang dan pemasangan 80/90 ke bahagian depan keseluruhannya ialah RM88. Jadi memandangkan moto lc ni tak siap lagi dan part part keperluan masih tak mencukupi maka tak berpeluang untuk merasakan lagi tayar Viva ni. Dari search yang dilakukan oleh pengguna Tayar Viva ni agak lincin ketika waktu dalam hujan. Tayar saiz yang lebih besar nampak lebih mantap dan padat mengubat kembali semangat aku yang kian pudar. Sesuai dengan setting, setup yang cuba didapatkan untuk menunggang dengan pembonceng pada sekitar 130kg max.


Tayar depan 80/90




Tayar belakang 90/90

Notes:
Mileage: 12272kmh
Photos updated.

Mitoz CDI Tak ada Cut Off

Dalam pengalaman aku selama 5 tahun menunggang moto lc ni dan dalam perhatian aku ramai yang beranggapan menukarkan CDI tak ada cut off sahaja boleh menambahkan kelajuan moto lc ni. Awal awal dulu sekitar tahun 2007 terdapat berita mengenai CDI tak ada cut off ni yang baru berada dipasaran dan hanya dengan menukarkan CDI sahaja boleh laju lc tu. Lalu aku pun pegi kedai sparepart dan bertanyakan pasal CDI aftermarket ni lalu dijawab oleh tokey kedai "pasang ni saja boleh laju punya maaa.. tak payah buat apa apa. plug n play maa." Memandangkan harga CDI tak ada cut off ni pada waktu ketika tu mencecah sekitar RM250 keatas lalu aku dengan berat hati tak jadi nak tukarkan CDI yang boleh menambahkan kelajuan moto lc aku ni. Tak lama kemudian ramai dari kenalan aku dan kawan kawan yang tukar CDI sahaja, dan beberapa bulan lepas tu enjin bunyi macam lahabai dah. Kuat nya bunyi tu dari bahagian topset head blok. Lepas kejadian ni ada yang beranggapan lc ni tak tahan, manja, tak boleh nak lenjan. Maka kenapa jadi begitu sedangkan aku yang maintain standard kedai dari mula sampai sekarang 5 tahun baru nak ada problem. Jadi lepas selidik dan baca bahan yang terdapat dalam internet maka jawapan nya ada dekat Valve Spring (Valve Float). CDI standard yang dipasang pada lc diprogram cut off nya pada sekitar 8800rpm atau 9600rpm sesuai dengan kemampuan valve spring standard OEm yang hanya mampu menampung pada kadar 10000rpm. CDI tak ada cut off melepasi lebih dari 10000rpm. Bunyi bertukang yang tak berapa selera makin hari makin kuat dan akhirnya jahanam skali dengan rocker arm dan effect ke benda lain. Contoh untuk faham valve float ni, kadar pusingan enjin menolak piston naik turun lebih laju dari kemampuan spring valve nak nak buka injap tu, maka piston dah naik tapi spring valve tu tak bersedia atau tak sempat lagi nak menjalankan fungsi dia dan terapung apung jadinya dan lama kelamaan akan effect habis part part sekitar head blok tu. Untuk sekadar mody nak bagi laju sedikit dan sedap dari standard penukaran CDI tak ada cut off seelok eloknya ditukarkan skali dengan valve spring yang mampu menampung lebih tinggi rpm nya. Penukaran CDI aftermarket sahaja juga sebenarnya tiada menjadi masalah asalkan kita tahu setting range yang selamat untuk moto lc standard.


Terdapat jugak khabar berita mengenai LC first model atau keluaran awal yang siap sedia dengan CDI tak ada cut off atau yang boleh melajukan lagi moto lc maka banyak terjadi fenomena penganayaan pada pemilik awal first model lc. Turun dari pasar pasar atau parking dekat mana mana tempat masukkan kunci start moto tak hidup. Check balik tengok CDI dah kena rembat pulak. Maka sumpah menyumpah lepas tu oleh pemilik lc tersebut bercampur rasa marah dan geram pada siapa yang panjang tangan rembat dia punya CDI "Wailun punya budak, hidup tak senang kat dunia, mati tak bertaubat azab api neraka". Kebanyakan sekarang ni ramai pemilik lc menggunakan cable tie untuk menambat CDI jadi akan susah sedikit kerja nak merembat CDI oleh budak yang gatal tangan ni sebab senang sangat nak keluarkan CDI tanpa membuka cover set bahagian depan. Jadi Sekadar untuk mody nak bagi sedapkan lc ni, layan perasaan dan untuk stage awal tukar CDI tak ada cut off atau aftermarket CDI seeloknya digandingkan dengan valve spring yang boleh support lebih tinggi rpm.

Sample TK Valve Spring.



Sumber Imej (Google)
Preference for: yamaha lc135 cdi rextor adjustable racing brt powermax dual band spring valve

Keith Code Twist of the Wrist

Untuk kaki meleper atau conering moto disini terdapat satu video dokumentari oleh Keith Code yang amat berguna untuk mendapat tips yang penting dan pemahaman untuk pengendalian mesin dua roda yang lebih efektif.

Uma Superhead

Setelah sekian lama khabar angin mengenai produk superhead untuk moto lc yang dapat menjanakan 28hp akhirnya telah berada dipasaran. Terdapat 2 jenis superhead yang dikeluarkan iaitu PRO 25/22 dan SPORT 23/20 Harga permulaan dipasaran rm1200+ keatas. Juga dikeluarkan blok 62mm dengan high dome piston baru atau jenis berbonggol tinggi untuk high compression. Dikhabarkan juga jenis PRO 25/22 lebih sesuai untuk drag manakala  SPORT 23/20 untuk street riding atau lebih sesuai untuk kegunaan dijalan seharian. Memandangkan produk masih baru jadi maka tidak terdapat banyak lagi review dari pengguna superhead ini untuk resepi resepi dan setting terbaik berkaitan superhead ini.



For more product information click here to go the official page.

Sumber Imej (Google)

Jay Pi Jay

Sedikit informasi mengenai pengubahsuaian pada motosikal.

PENGUBAHSUAIAN MOTOSIKAL
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada
JPJ adalah seperti berikut :-
1. Pemasangan pengadang angin
2. Pemasangan penutup lampu fibreglass (fairing)
3. Pemasangan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal
4. Pemasangan disc brake hadapan atau belakang bertujuan meningkatkan tahap kecekapan brek.

Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-
1. Pemasangan foot rest melibatkan pengubahsuaian tapak / kedudukan asal.
2. Penukaran / pengubahsuaian ekzos yang tidak mengikut spesifikasi asal pengilang.
3. Pemasangan cover sets / fairing yang mengubah indentiti asal.

Untuk mendapat maklumat lebih lanjut sila layari laman dibawah
http://www.jpj.gov.my/web/guest/pengubahsuaian-kenderaan-persendirian

CMS High Performance Product

AWAS BARANG KLON...
Memandangkan barang aftermarket atau part part Yamaha LC 135 ketika ini mempunyai permintaan yang tinggi untuk melakukan modifikasi maka terdapat pihak pihak yang tertentu mengambil kesempatan mengeluarkan item knock off, tiruan, klon, loker dan sebagainya. barang barang tiruan ini tidak mempunyai kualiti yang sama dengan barang asli atau original oleh pihak pengeluar asal. Risiko menggunakan barang barang tiruan ni amatlah besar dan sekiranya tidak bernasib baik akan menyebabkan kerosakan bersangkut paut pada part part lain pula dan lebihan duit perlu dikeluarkan untuk melakukan pembaikan. Maka disini sebagai peringatan supaya berhati hati semasa membeli item item untuk melakukan sebarang modifikasi atau sebagai gantian untuk penukaran part part motosikal.
Soal selidik dan pertanyaan dengan kenalan kenalan forum yang mempunyai pengalaman yang lebih lama dalam modifikasi, maka terdapat petanda petanda yang ketara boleh dilihat pada packaging yang membezakan antara item original dan tiruan.


Item klon

Ejaan "Hight Performance Product" dan gambar motosikal pada packaging


Perbezaan pada packaging dan label

Memandangkan Product CMS tidak mempunyai lama web yang rasmi maka menjadi sukar untuk mendapat info yang lebih lanjut. Penggunaan barang tiruan yang dihasilkan pada harga yang murah dan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding yang original kepada pengguna adalah amat tidak digalakkan untuk penggunaan yang lebih lama, ketahanan reliability. Disarankan supaya mencari dan membeli yang original dan melakukan sedikit research terlebih dahulu.

Sumber Imej (Google)
Preference for: yamaha lc135 modified modifikasi modification lama racing blok block fz shark x1r mds cms high low cam camshaft uma