Dalam pengalaman aku selama 5 tahun menunggang moto lc ni dan dalam perhatian aku ramai yang beranggapan menukarkan CDI tak ada cut off sahaja boleh menambahkan kelajuan moto lc ni. Awal awal dulu sekitar tahun 2007 terdapat berita mengenai CDI tak ada cut off ni yang baru berada dipasaran dan hanya dengan menukarkan CDI sahaja boleh laju lc tu. Lalu aku pun pegi kedai sparepart dan bertanyakan pasal CDI aftermarket ni lalu dijawab oleh tokey kedai "pasang ni saja boleh laju punya maaa.. tak payah buat apa apa. plug n play maa." Memandangkan harga CDI tak ada cut off ni pada waktu ketika tu mencecah sekitar RM250 keatas lalu aku dengan berat hati tak jadi nak tukarkan CDI yang boleh menambahkan kelajuan moto lc aku ni. Tak lama kemudian ramai dari kenalan aku dan kawan kawan yang tukar CDI sahaja, dan beberapa bulan lepas tu enjin bunyi macam lahabai dah. Kuat nya bunyi tu dari bahagian topset head blok. Lepas kejadian ni ada yang beranggapan lc ni tak tahan, manja, tak boleh nak lenjan. Maka kenapa jadi begitu sedangkan aku yang maintain standard kedai dari mula sampai sekarang 5 tahun baru nak ada problem. Jadi lepas selidik dan baca bahan yang terdapat dalam internet maka jawapan nya ada dekat Valve Spring (Valve Float). CDI standard yang dipasang pada lc diprogram cut off nya pada sekitar 8800rpm atau 9600rpm sesuai dengan kemampuan valve spring standard OEm yang hanya mampu menampung pada kadar 10000rpm. CDI tak ada cut off melepasi lebih dari 10000rpm. Bunyi bertukang yang tak berapa selera makin hari makin kuat dan akhirnya jahanam skali dengan rocker arm dan effect ke benda lain. Contoh untuk faham valve float ni, kadar pusingan enjin menolak piston naik turun lebih laju dari kemampuan spring valve nak nak buka injap tu, maka piston dah naik tapi spring valve tu tak bersedia atau tak sempat lagi nak menjalankan fungsi dia dan terapung apung jadinya dan lama kelamaan akan effect habis part part sekitar head blok tu. Untuk sekadar mody nak bagi laju sedikit dan sedap dari standard penukaran CDI tak ada cut off seelok eloknya ditukarkan skali dengan valve spring yang mampu menampung lebih tinggi rpm nya. Penukaran CDI aftermarket sahaja juga sebenarnya tiada menjadi masalah asalkan kita tahu setting range yang selamat untuk moto lc standard.
Terdapat jugak khabar berita mengenai LC first model atau keluaran awal yang siap sedia dengan CDI tak ada cut off atau yang boleh melajukan lagi moto lc maka banyak terjadi fenomena penganayaan pada pemilik awal first model lc. Turun dari pasar pasar atau parking dekat mana mana tempat masukkan kunci start moto tak hidup. Check balik tengok CDI dah kena rembat pulak. Maka sumpah menyumpah lepas tu oleh pemilik lc tersebut bercampur rasa marah dan geram pada siapa yang panjang tangan rembat dia punya CDI "Wailun punya budak, hidup tak senang kat dunia, mati tak bertaubat azab api neraka". Kebanyakan sekarang ni ramai pemilik lc menggunakan cable tie untuk menambat CDI jadi akan susah sedikit kerja nak merembat CDI oleh budak yang gatal tangan ni sebab senang sangat nak keluarkan CDI tanpa membuka cover set bahagian depan. Jadi Sekadar untuk mody nak bagi sedapkan lc ni, layan perasaan dan untuk stage awal tukar CDI tak ada cut off atau aftermarket CDI seeloknya digandingkan dengan valve spring yang boleh support lebih tinggi rpm.
Sample TK Valve Spring.
Sumber Imej (Google) Preference for: yamaha lc135 cdi rextor adjustable racing brt powermax dual band spring valve
Topik lama, tapi info yg sangat berguna. Budak2 baru beli motor malas nak ambil tahu benda mcm ni, tau nak laju je.....
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeleteGood info..terbaik.
ReplyDeleteaku baru nak tkr cdi nasib baik terbaca lmn web kau
ReplyDeleteTq for sharing....good info
ReplyDeletebaru niat nk tukar... nasib baik buat review jumpa blog ni... tq
ReplyDeleteinfo yg sgt berguna...tq Bossku
ReplyDeleteTerbaik bro.
ReplyDelete