Untuk penjagaan rantai dan ketahanan jangka hayat yang lebih lama seeloknya digunakan chain lube pelincir yang dibuat khas untuk rantai. Lazimnya kita menggunakan lebihan minyak enjin atau saki baki minyak enjin yang disediakan oleh setengah kedai worksyop motosikal untuk meminyakkan rantai. Selang tak berapa hari kemudian atau terutama skali selepas hujan akan ada perasaan tak enak bila melihat keadaan rantai dan kotoran pada rim. Minyak grease juga tidak digalakkan kerana pasir atau benda asing yang halus mudah melekat pada rantai. Untuk kaki yang rajin menggilapkan moto chain lube amatlah disarankan untuk membuat pelaburan terutama skali chain lube jenis tidak mercik (anti fling) pada rim. Modal dari sekitar RM20 keatas dan juga terdapat jenis chain lube yang mencecah ratusan ringgit. Juga sebagai peringatan untuk mencuci rantai adalah amat tidak digalakkan menggunakan WD40 kerana sifat menghakis pada bahan tersebut dan ia adalah dalam kategori degreaser dan rantai tak akan dapat tahan lama. Pencucian rantai atau maintanance rantai disyorkan sekitar 500km atau tiap tiap 1000km dengan menggunakan minyak petrol, minyak diesel atau minyak gas tanah (kerosene). Ketegangan atau pelarasan rantai (chain slack) yang betul juga memainkan peranan yang penting untuk jangka hayat rantai yang lebih lama, tidak terlampau kendur atau cekang. Ketahanan sprocket juga boleh mengjangkau bertahun lamanya sekiranya mempunyai peruntukan modal lebihan untuk rantai dan ditukarkan pada tiap tiap 5000km+ dan juga ditukarkan secepat mungkin sekiranya terdapat petanda atau bunyi bahawa rantai mengalami kerosakan dan haus. Rantai yang dijaga dalam keadaan yang baik dan tegangan yang betul akan menghasil tunggangan yang lebih lancar (smooth).
Chain Slack. Untuk memastikan keadaan rantai masih dalam keadaan yang baik pada bahagian sprocket belakang tarik rantai sekiranya ada freeplay yang banyak pada rantai dengan sprocket belakang atau rantai tidak mencengkam (grip) sprocket belakang menandakan keadaan rantai semakin atau sudah haus.
WD-40 tidak digalakan dan tidak sesuai digunakan untuk mencuci rantai.
Contoh Chain Lube yang terdapat dipasaran.
Sumber Imej (Google)
boleh guna kat ex5 ke?
ReplyDeletehaha... boleh je bro!
DeleteMacamna nak order bro
ReplyDelete