Malaysia 135LC Owners

Perendam Bunyi

Alhamdulillah hari ni dalam pukul 1.30 tengah hari tadi ada terima panggillan dari orang Gdex, kerja jugak hari sabtu dia orang ni, Barang yang di order dah sampai tapi cari lokasi rumah tak jumpa pulak untuk penghantaran jadi keluar la aku gi amik exzos ABM ni dekat dia orang, sampai rumah lepas buka bungkusan sempat la snap gambar dulu, Silencer belakang exzos ni memang besar, kualiti material nampak macam kureng sikit dan agak nipis. Berat exzos ni nak dibandingkan dengan exzos original LC memang jauh beza. First time pegang exzos ni memang rasa ringan sangat. Dari belakang exzos ni, silencer boleh buka dan ditambat dengan tiga screw sahaja, juga boleh masukkan fiber untuk nak bagi bunyi berendam dan padat lagi.


ABM Exhaust for LC135 v1
Yamaha Spark 135 / LC135 / Jupiter MX / Crypton X / Sniper / ABM Racing Exhaust

1 comment:

  1. Silencer ni ada jual tak???klu taw seller...bleh rekomen???

    ReplyDelete